Kenapa ah? Kenapa kekadang ada sesetengah orang tak kira lah kawan rapat, kawan biasa2, jiran sebelah, pakcik makcik, sepupu sepapat, adik beradik, sedara jauh bau bau bacang dan maybe org yg kebetulan lalu depan kita sentiasa saja berprasangka buruk dan negatif terhadap kita?
Ada je yg tak kena.. kita buat baik kata kita berpura2. Kita bermurah hati kata kita nak menunjuk. Kalau kita buat jahat lagi lah… Pendek kata ada je salah kita. Serba serbi lah. Kalau nak cari salah dan menuding jari pada org mmg best! Tapi kena fikirlah kekadang tangan yg duk tuding n tunjuk tu, cuba belek n periksa. Ada perfect ka? Ada cukup sempurna ka?Sebenarnya.. org ni kalau dah tak suka kita, kita buat mcm mana pun pasti jadi busuk. Busuk mcm tahik! Tapi yg busuk2 ni lah kekadang yg boleh jadi penawar bagi org tu. Ye lah.. hidup ni ibarat roda. Sekarang kita duk kat atas.. bila roda bergolek, turun juga kita ke bawah. Dan masa tu baru ah nak ingat tahik yg busuk ni.
Jangan ah duk fikir negatif dan selalu sangka buruk pada orang. Lama2 benda tu akan jadi sebati dalam jiwa. Jiwa pun lama2 menanah dan rosak. Asyik membuak2 dengki dan tak henti2 tertanya2 dan menyangka benda bukan2. Ye lah.. jiwa kita ni kalau nak mereka sesuatu yg buruk tentang org mmg menyeronokkan. Tambah kalau nengok org tu terjelepuk dpn kita. Mcm menang loteri rasanya kan?
Tapi pernah tak berfikir sejenak? Kesudahannya? Apa yg dapat dari semua ini? Kalau setakat rasa puas hati, bangga dan menang… baik lah bersihkan jiwa tu. Kalau itu yg dapat sampai org lain berpecah belah, porak peranda apa guna? Kita kena ingatkan diri kita selalu.. ALLAH bayar CASH atas apa yg kita buat.
Henti-hentikan lah kerja yang tak berfaedah tu… Baik ah jaga hal sendiri! Aku pun nak berhenti disini saja sebelum aku melalut benda yg tak sepatutnya. Cara aku cakap ni pun dah mcm org yg aku cita di atas.
Sekarang aku dah rasa lega dapat luahkan apa yg nak aku luahkan. Kerana selepas ini aku nak bersihkan jiwa aku dari semua yg berpenyakit negatif ni.Sesungguhnya hidup kita ini hanya sementara..
Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada perasaan prasangka (buruk sangka), sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu ada dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Oleh yang demikian, bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha pengasih sayang.” (Q.S. al-Hujurat: 12).
Saturday, 12 April 2008
Kenapa?
This has to be written in my bahasa ibunda. Ini adalah supaya ia lebih bermakna, beremosi dan menusuk kalbu.