"Eh.. ada tahi lalat di tapak kaki.. bila besar ni mesti kuat berjalan dan merantau serata dunia" kata orang tua-tua dulu lah.. Entah betul atau tidak tapi yang nyata saya tak ada tahi lalat di tapak kaki! Lebih dari 10 tahun saya mengikut suami berdagang mencari rezeki di luar negara. Pada awalnya memang sedih dan perit kerana berjauhan dari ibubapa dan sanak saudara. Dulu-dulu paling jauh pun saya bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur manakala ibubapa di Kedah. Kalau nak balik naik kereta dalam 5jam je dah sampai.
Ini bila dah jauh beribu batu seberang benua, nak balik selalu pun tak boleh. Banyak faktor yang perlu diambil kira dan banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Kalau rindu atau sedih tahan je lah. Kerinduan dan kesedihan ini akan lebih terasa bila tiba musim puasa dan raya. Masa ni mula lah terkenang macam-macam kan..
Berpuasa dan menyambut raya di perantauan memang lah tak akan sama di negara kita sendiri. Kalau tak, takde ah keluar peribahasa "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri" Walau sehebat dan best macam mana pun, hati pasti akan terkenang-kenang kampung halaman yang nun jauh di sana.
Bertahun menyambut Ramadhan di perantauan memberi banyak pengalaman pada saya. Saya masih ingat lagi pada awal tahun permulaan kami di sini komuniti rakyat Malaysia tidak lah besar. Kelompok rakyat Malaysia berdekatan kami hanya lah sekitar empat keluarga. Namun kami tetap mencipta kemeriahan suasana berpuasa sesama kami. Setiap minggu pasti kami akan bergilir mengadakan jamuan iftar di rumah masing-masing. Kadang-kadang kami akan menukar juadah makanan dan kuih muih.
Mengadakan jamuan iftar bersama rakan-rakan dah seperti tradisi kepada saya dan suami di mana kami pasti akan mengadakannya setiap tahun di bulan Ramadhan. Dalam banyak-banyak tahun di sini, jamuan iftar tahun lepas dikira agak istimewa bagi kami dan rakan-rakan. Kenapa ye... :)
Crew TV9 |
Tahun lepas di mana giliran jamuan iftar di rumah saya, kami dikunjungi oleh crew TV9 untuk pengambaran rancangan "RAMADAN SANA SINI". Wah.. ni memang mengejut. Apabila diberitahu oleh seorang rakan kami tentang ini, saya lah yang lebih menggelabah sebenarnya! Ye lah.. rumah kami tak lah sebesar mana.. selalunya setiap kali buat jamuan makan, jemputan adalah dalam sekitar 30 orang sahaja. Saya tidak lah risau sangat dalam bab makanan kerana saya yakin, Insyaalah makanan cukup. Yang saya risau ni takut ada yang tidak selesa bila dah ramai nanti
Hmm.. upacara apakah ini? Macam keluar TV je nanti.. |
Tok Kadi dan saksi dah ready tu. Habis lah kalau orang kampung nengok ni! Hihihihi |
Tapi alhamdullilah rakan-rakan saya memang best dan sporting! Sehari sebelumnya kami dah war-warkan pada jemputan untuk memakai baju melayu/baju kurung and dress to kill for the show! Dah nak keluar TV kan... hehhehee.. Saya dan suami pulak telah ada 'watak' masing-masing yang disediakan untuk kami lakonkan. Pada hari yang dijanjikan satu jam sebelum berbuka puasa, rumah saya dah dipenuhi dengan setting lampu dan camera.
Pengambaran bermula dengan rakaman tetamu masuk ke rumah - part ni pun dah 2-3 cut tau... hehehhe dan kemudian diikuti dengan 'lakonan' saya memasak juadah untuk tetamu. Pada hari tersebut saya sediakan "Gulai kari ikan talang" Orang Kedah.. kena ah promo masakan Utara kan.. So berlakon lah saya mengacau menumis lauk dengan pot pet pot pet bercerita kisah lauk ni.. Dah perasan macam ala "Ketuk-ketuk Ramadan" lak ni.. hehhehe.. Pengacara Faiz tu pulak orang Utara maka rancak lah lagi kami berborak.
Setelah selesai berbuka puasa dan solat maghrib, suami saya dan rakan Encik Fauzi bersama pengacara Faiz berlakon pulak dalam sessi bual santai. Hmmm tak sangka pulak suami saya depan camera tetiba rancak bercerita ye.. Kami yang lain-lain ni duk keliling melopong nengok sessi temubual mereka. Hehehe..
Setelah selesai majlis ini, saya lah orang yang paling gembira. Saya sangat gembira dan bersyukur makanan yang disediakan cukup untuk semua tetamu. Risau sangat takut tak cukup atau terkurang rasa sana sini kan.. Terima kasih untuk rakan-rakan yang membantu menyediakan juadah. Segala penat lelah hilang bila melihat tetamu seronok menjamu selera. Semua rakan-rakan gembira berkumpul walaupun rumah dah dipenuhi dengan set lampu dan camera. Ini belum lagi dengan set sofa yang tetiba perlu dialih untuk memberi ruang yang lebih luas untuk pengambaran. Walaupun rumah saya ni tidaklah sebesar dan se gah rumah "Tuan Anas Mikael", alhamdullilah tetamu masih selesa.
Ini kisah tahun lepas... setahun sudah berlalu tetapi rasa macam baru je duk sebuk2 glemer menjadi artis segera! Setelah selesai pengambaran soalan setiap orang sama je bertanya "err.. bila keluar TV ni ye?" Al maklum lah... bukan senang nak dapat sessi macam ni. Orang2 yang duk hantar ucapan tiap tahun 'ucapan salam perantau' kat Utusan Malaysia dulu2 pun belum tentu terpilih tau.
Bila jawapannya "ini untuk Ramadhan tahun depan" semua mengeluh... lamanya ni... lagi setahun sure dah basi ni.. hehehhe... Tapi setahun itu terasa cepat sangat. Masih saya ingat setiap saat kekalutan dan keseronokan pada hari itu. Dan tahun yang ditunggukan itu telah pun tiba.
"RAMADAN SANA SINI" kini telah bersiaran di TV9 pada setiap hari Isnin-Khamis, 6:30ptg sepanjang bulan Ramadhan. Ia adalah program travelog Ramadhan di Indonesia, Oman dan Turkey dari perspektif pengacara Adzriefaiz Adzlan bagi merasai adat dan budaya berpuasa di luar negara. Sekarang ini sedang bersiaran pengambaran di Indonesia.
Untuk episod di Oman, ia dijangka akan bersiaran pada 15Jun, Rabu ini. Hahh... abang, adik, kakak, pak long, mak long, kak chik, kak lang, mak bapa saudara semua.. kalau ingin melihat budaya dan suasana orang Oman berpuasa, setiap hari kul 6:30pm tu duk lah depan TV ye.. TV9 tau.. Selain dapat melihat budaya Oman, mungkin juga dapat melihat kami orang Malaysia yang merantau di sini. Kut ada yang rindu rinduan pada kami, jangan lupa ye.. duk depan TV9 tunggu kami keluar.
Jangan tanya saya hari apa kita orang akan keluar TV ye. Kami pun tak tau.. mungkin part kami 1min sahaja.. atau 5min? atau sekali imbas laju2 keluar sampai tak cam muka semua... Wallahuallam. Kami pun kat sini akan tunggu je nengok hari2.. hehehhe
Err... Ramadhan tahun ni kami semua tak dapat lagi offer shooting di mana2.. Kalau ada pasti saya akan beritahu nanti! Selamat menonton dan berpuasa semua.
No comments:
Post a Comment