Wednesday, 15 May 2013

Kisah Aku Dan Roti - Gagal Sekali Bukan Bermakna Gagal Selamanya..


GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMANYA. Dan kerana kata2 itu lah.. akak berusaha berkali2 untuk menghasilkan roti yang gebu, lembut, cantik, sedap dan mantap seperti gambar dibawah ni ye…


Maaf lah kalau akak terover masuk bakul angkat sendiri.. tapi kalau uolls baca kisah akak ni.. memang patut ah akak berbangga dan beria mempromosikan roti akak ni… hehehhe.. Begini ceritanya…

Roti? I love eating roti @ bread. Just name it.. segala jenis roti semua akak suka. Akak ni dari dulu bercita2 sangat nak belajar buat roti. Ada satu masa tu hampir nak register untuk attend kelas buat roti tapi tak kesampaian pasal masa tak kena. Buku resepi roti memang berlambak beli tapi bila nak cuba selalu tak yakin.
Ada ah pernah dua kali kut cuba buat roti. Tu pun bertahun2 dulu.. kali pertama, gagal.. keras macam batu dan kali kedua tu kira bole ah.. tapi malu kalau nak kasi orang makan pasal takde rupa roti!

Dua bulan lepas akak beli breadmaker machine. Beli dari kawan yang nak pulang ke Malaysia. Wah.. memang akak lama dah teringin nak ada breadmaker machine ni.. so bila kawan offer dengan harga yg murah dan breadmaker tu pun masih  baru, akak tak lepaskan peluang.

Terperap lama ah benda alah tu dalam kotak sampai ah 5 hari yang lepas baru akak tergerak hati nak buat. Huh.. memang bersemangat ni. Resepi pertama akak cuba dari kawan yang dia ambil from Omani. Very simple je.. So akak buat ah step by step.. masuk semua bahan dalam breadmaker machine tu. Then rehatkan doh dan bakar.. Akak buat roti bun inti sambal ikan bilis. Wah.. confident level akak memang sangat tinggi. Dah berangan ni nanti roti ni ala roti bun Gardenia favourite akak tu.. 
Malangya roti akak tu mcm tak naik.. sembab dan keras semacam. Kira tak jadi ah senang cakap. Masuk tong sampah! Sayang je inti tu kan.. 

Setelah kajian dibuat, akak mungkin guna tepung yang salah. Ikut resepi tu tak menggunakan tepung roti tapi wheat flour. So akak ambik je ah apa saja jenis wheat flour yang akak jumpa. Maybe jenis wheat flour akak guna tu tak sesuai untuk buat roti. Hmmm….

Kali kedua akak guna tepung roti tapi menggunakan resepi ini. Kalau ikut resepi ni dia guna breadmaker machine. Tekan “Basic” button and terus jadi.. Masa machine tengah menguli akak gi keluar jap. Sungguh akak tak tahu rupanya bila guna “Basic” option ni dia uli doh, rehat sampai doh naik dan terus bakar dalam breadmaker machine tu.

So bila balik rumah, bau mcm baru lepas baking and ada hangit2 sikit. Bila check rupanya roti akak dah masak! Wah.. excited akak ni.. tapi bila bawa keluar and tunggu sejuk.. roti tu kira mcm loaf bread ah.. dan potong texture mcm mampat dan padat. Roti ada rupa loaf bread, rasa sedap tapi kira fail ah! Masuk tong sampah lagi. Kali ini akak anggap kesilapan teknikal – breadmaker machine. Hahahhaa..



Kali ketiga.. akak dengan penuh azam ni.. buat dengan menggunakan resepi lain (lupa pulak nama blog apa..). Kali ini akak memang mengadap breadmaker tu.. doh dan duk depan oven sehingga selesai bakar. Ya Allah.. akak mcm tak percaya je.. roti akak menjadi kali ni! Menjerit suka.. kerana ia menjadi… sekejap je licin.. tambah makan masa panas2.. suka anak2 makan..

Tiga hari berturut2 akak mencuba akhirnya berjaya gak! Memandangkan roti yang berjaya tu licin sekejapan.. akak pun nak buat ah lagi.. Semangat dah membara.. maklum ah.. kan dah pandai.. cewah.. so gi ah kedai beli segala barang.

Percaya atau tidak, kali ni roti akak tak menjadi pulak. Gagal lagi!! Dua kali akak buat.. suma mcm kegagalan sebelumnya. Heran akak.. resepi sama je.. semalam tak boleh tido akak memikirkan kenapa.. sampai termimpi2 ah… Hehehehe.. parah kan..

Akak suspect mesti pasal yeast ni pasal doh roti tak naik sangat. Bila nengok brand sama tapi cuma kali ni akak beli dalam tin, bukan peket kecik2 tu. So pagi ni akak gi lagi kedai beli yeast yang dlm paket tu. Sebelum ni roti yang menjadi tu akak guna yeast dalam paket tu.

Masa nak bancuh segala bahan, rupanya ada beza yeast yang akak gunakan. Yang dalam tin tu adalah “dried yeast” dan dalam paket tu adalah “instant yeast”. Patut ah tak naik2 roti tu coz yang “dried yeast” tu nak kena dissolve dulu dalam air sampai jadi aktif.. 

So now akak dah tau apa puncanya, barulah tenang jiwa raga akak.. hehehhe.. so ni baru je lepas bakar seloyang roti lagi. Ehem.. of course ah berjaya! Makan panas2 buat minum petang hari ini.. Sedap…

Lepas ni tak payah ah lagi beli roti kat kedai. Roti2 kat sini pun tak ada yg sedap lembut mcm kat Malaysia tu. Kedai “Breadtalk” ada buka , roti memang ah sedap and lembut tapi harga amat ah mahal..

Akak takde ah nak lawan roti Gardenia or Breadtalk kat sini.. hahahahha.. cuma akak rasa kalau roti akak di letak antara roti2 mereka ni.. perghh.. memang orang tak akan tau itu roti yg akak buat..

Ok.. Ok.. enough ye syok sendiri.. So pesanan akak.. sesiapa yang nak cuba membuat roti tu.. teruskan usaha anda. Jangan putus asa. Bila dah berjaya menghasilkan roti sendiri, percaya lah.. kita akan rasa seronok dengan kejayaan itu. Hah.. kata2 perangsang tu.. Seumur hidup akak, tak pernah akak gagal banyak kali dalam mencuba jenis masakan macam buat roti ni. Namun pengalaman membuat roti ni adalah satu pengalaman yang banyak mengajar akak. 

Walau hampir frust menonggeng and almost give up, namun bila roti akak berjaya dihasilkan.. keterujaan dan kegembiraan itu lebih dari segalanya dan ia sungguh bermakna bagi diri akak.. Percaya lah...

3 comments:

Anonymous said...

alhamduliallah menjadi jugak akhir nya. tak lama lagi bungkus la kedai roti kat sini...tunggu aje la ye.

boboi
tokey kedai roti

Anonymous said...

Ahkak ni serba boleh la.. Tahniah!!!

Anonymous said...

Rasa macam Roti Benggali dak?



-Nadmin Syah-