Tapi jenis karipap yang paling akak suka adalah karipap tradisional atau karipap biasa/kampung. Kalau kat Malaysia tak susah nak cari karipap ni.. merata orang jual. Tapi akak very particular gak.. kalau sekali beli kena yang tak sedap memang ah frust. Karipap kalau nak tau sedap ke tak.. makanlah masa ia sejuk. Kalau ia masih ranggup, tak berminyak di tambah dengan inti yang sedap, memang perfect ah karipap tu.
Cinta terhadap karipap ni bukanlah akak seorang saja yg mengalaminya.. Encik suami dan anak2 pun suka.. Sejak dah menetap di luar negara ni.. kena ah belajar buat sendiri karipap memandangkan tekak ni selalu mengidam nak makan.
Haih... pengalaman akak membuat karipap ni samalah macam membuat roti. Banyak betul dugaan dan cabarannya.. Masih ingat lagi percubaan pertama 10 tahun lepas. Kulit karipap tu liat. Tak putus asa.. cuba lagi resepi lain.. kali ni keras kematu lak. Lepas tu berkali akak cuba masih tak dapat karipap yang perfect. Inti tu takde masalah.. kulit ni ah..
Suatu ketika tu akak dah give up. Berhenti mencuba untuk beberapa tahun. Merajuk ah konon.. tapi makan karipap tetap suka. Hehehhee.. Sehinggalah dua tahun lepas selepas lots of trial and error, akak berjaya juga menghasilkan karipap yang sedap dan mantap! Alhamdullilah.. kini kuih karipap akak tu bukannya hanya dibuat untuk makan kaum keluarga sahaja. Malah ada kawan2 yang menempah untuk makan keluarga atau jamuan.
Kuih karipap ni sentiasa ada dalam peti ais dalam rumah akak. Akak buat dan frozen. So bila2 teringin nak makan untuk sarapan dan minum petang, sentiasa ada stoknya.
Hmm... berbaloi segala usaha akak selama 8 tahun untuk menghasilkan karipap sesedap ini! Hahaaha.. kena ah sesekali puji diri sendiri kan.. untuk memotivasikan diri..
1 comment:
Hello,
This is one of my favorite foods when I was in Malaysia. Could you please give me the recipe in English.
Post a Comment