Wednesday 25 July 2007

The reality of Mawi

How do u judge the quality of the artist? Voice or appearance? With so many reality or ‘mee segera’ artist it’s understandable what made them popular. So far as to date the only reality artist that wins almost all Malaysian heart is Mawi. He seems to have kind of aura that made everybody goes crazy regardless whether he can sing or not!

Recently Mawi has launched his latest album ‘Satu Dalam Seribu’ and unfortunately the sale of the album has gone beyond the expectation. Yeah.. it just went thru the market 30,000 units (since april). While 2 years ago his 1st album sold 165,000 units in less than a month. The same goes to all his other next albums..
Maybe now the reality is Mawi has slowly lost his fans? Where r all his die-hard fanatic fans?


from Utusan Malaysia...


Realiti Mawi daripada program TV realiti

SELASA lalu juara program TV realiti paling popular, Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi mengeluh apabila jualan album terbarunya berjudul Satu Dalam Seribu jatuh merudum.Album terbitan Maestro Records itu kata Mawi, hanya dijual sebanyak 30,000 unit sahaja biarpun ia sudah berada di pasaran sejak April lalu.

Tetapi persoalannya, sampai bilakah sanjungan para peminat terhadap juara program TV realiti seperti Mawi yang diangkat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) itu akan berterusan?Ini kerana, tidak semua cerita yang dipaparkan oleh media massa berupa berita yang memberi kesan positif kepada penyanyi yang popular dengan lagu Aduh Saliha ini.

Sebaliknya, banyak juga berita yang dipaparkan sejak kebelakangan ini turut memberi kesan negatif kepada Mawi di mana ia boleh menghakis sokongan para peminat terhadapnya.Tanpa bakat sebenar yang berpaksikan kepada mutu dan keunggulan suaranya, Mawi mungkin bukan setakat menghadapi masalah daripada segi kemeruduman jualan albumnya itu.Dalam kes fenomena Mawi itu, pada masa yang sama ia mungkin akan turut melibatkan krisis kesetiaan para peminat terhadapnya kelak.

Tidak seperti Raja Pop, Jamal Abdillah, walau banyak mana sekalipun masalah peribadi ataupun cerita-cerita buruk yang melanda hidupnya, tetapi jualan album dan sambutan para peminat terhadap persembahan penyanyi berusia 48 tahun itu tidak pernah berubah.

Sebabnya, Jamal Abdillah tidak diangkat oleh undian SMS, sebaliknya keunikan suara dan perjuangannya sebagai penyanyi selama 29 tahun menjadi tunjang sehingga dia mampu bertahan dalam bidang nyanyian sehingga kini.

Selepas ini kalau jualan album Raja SMS itu terus juga merudum, janganlah salahkan peminat ataupun sesiapa. Sebaliknya, Mawi harus pasrah bahawa aura yang dimilikinya itu tidak mampu kekal lama berbanding keutuhan bakat seni yang sepatutnya ada dalam dirinya.

1 comment:

Anonymous said...

that reminds me of Vince, just where the heck is he now???