Aku dilahirkan di Italy dan kemudiannya dibawa bersama rakan-rakan yang lain ke sebuah pasaraya di Muscat, Oman. Suatu hari ada seorang wanita datang melihat dan membelek diriku. Aku kemudiannya melonjak kegembiraan kerana beliau telah membeliku dan akhirnya aku mendapat tuan yang baru. Tidak lagi aku terperesok di kedai itu lagi.
Tuan aku mempunyai pelbagai jenis kasut tetapi aku tahu akulah yang paling disayangi kerana aku hanya dipakai sekali sekala pada majlis tertentu sahaja. Setelah beberapa ketika tuan ku berpindah pulang ke Malaysia. Aku bersama rakan-rakan lain dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak menaiki kapal.
Setelah berbulan-bulan lamanya barulah aku tiba ke rumah tuan ku. Namun aku masih berbungkus di dalam kotak hingga setahun lamanya. Aku kemudiannya bersama rakan-rakan lain dibuka dari bungkusan dan disusun rapi di dalam kabinet.
Ada sebahagian dari rakan-rakanku yang telah mengelupas kulit dengan teruknya hingga terpaksa dibuang. Kulitku masih cantik dan tuan ku mengilap dan membersihkan ku sebelum menyimpannya semula di dalam kabinet.
Aku masih tersimpan rapi selama hampir setahun sehinggalah kelmarin tuan ku mengambilku keluar dari kabinet. Aku dengar dia berkata yang dia perlu memakai kasut yang sedondon dengan bajunya. Maka aku dipilih. Tuan aku memujiku kerana aku masih cantik dan sangat sesuai dengan warna bajunya.
Kelmarin tuan aku pergi ke sekolah anak-anaknya. Aku melangkah dengan bangganya bersamanya. Tuan aku mungkin tidak sedar yang langkah kakinya itu bakal mengancam nyawaku. Aku pada zahirnya nampak cantik dan sihat tetapi tidak siapa yang tahu bahawasanya didalam tubuh ku, tulangku telah lembut dan rapuh.
Aku masih gagah dan cuba sedapa upaya menyokong tuan aku sehinggalah aku memasuki kelas anak perempuannya. Tapak dan tumit diri ku patah sedikit demi sedikit. Namun tuan ku masih tidak menyedarinya. Aku melihat guru kelas memanggil pencuci untuk menyapu dan membuang serpihan-serpihan diriku.
Hai… Tuan aku ni masih tak sedar-sedar lagi. Dia masih leka duduk dan kemudian berdiri kemudian berjalan. Pada saat tuan aku hendak duduk semula, dia ternampak serpihan besar tapak ku. Tapi dia masih boleh tak sedar dan berkata “ish.. sape lah makan biskut bersepah mcm ni.. mcm bisktut oreo je..”
Aku rasa ingin menjerit untuk memberitahu yang aku sedang kritikal. Tambahan lagi aku tidak mahu memalukan dirinya. Tuan aku masih ke hulu ke hilir sehinggalah pada tiba-tiba dia tersedar yang kasut dia makin rendah. Dan pada saat itu dia terlihat dua orang ‘cleaner’ standby dengan penyapu duk sok sek sambil melihat ke arah bawah kakinya.
Tuan aku kemudiannya mengangkat kakinya dan melihat tapak kasutnya dan dia menjerit. Dia menjadi panik seketika. Dia menjadi malu bila terkenangkan tapak/tumit kasutnya patah, pecah dan bertaburan di sepanjang tempat dalam sekolah. Dia terus mengajak anak-anaknya pulang.
Begitulah kisah hidupku. Setelah hampir 6 tahun berkhidmat aku akhirnya terpaksa mengalah dan redha kepada penyudahan hidupku.
Huh… hancur karangan. Kalau lah tahun ni ambik SPM sure tak pass!! Well.. that what happened yesterday. The shoe had been stored for so long. Probably due to the weather, humidity dalam diam2 dalam kasut tu hancur n rosak.
Seriously I felt so embarrassed. I don’t know who else notice it but I am sure the two cleaners knew about it. Hahahahahaha…. Aduh... memang malu..
No comments:
Post a Comment