Thursday, 5 September 2013

Bila Tanganku Tiada Kesenian

Bagi je lah akak resepi kek apa sekali pun... akak confident akak bole buat.. setakat ni lah.. dah macam2 kek akak eksperimen..semua kira jadi lah...

TAPI jangan suruh akak menghias atas kek tu.. memang FAIL. I've attended two classes on how to design a cake - from butter cream to fondant. Masa dalam kelas.. pergh... rasa macam tak percaya akak bole hasilkan bunga, kelopak,  rumput rampai, daun yang sungguh perfect from buttercream dan juga fondant. Tu belum lagi yg ropol2.. ala2 ombak rindu keliling kek. Bangga je bawa balik kek ke rumah tunjuk pada encik suami dan anak2.

Seperti biasa akak ni.. confident level kekadang tinggi tak bertempat.. terus semangat keesokkan harinya memborong segala macam jenis nak design kek tu. Jenama nak yang bagus2 je - WILTON. 

Tak cukup dengan memborong barang2.. siap promo kat adik beradik and sedara mara kut sesiapa nak order cuppies or cake. Ye ah.. dah gi belajar.. barang semua dah beli, memang confident habis.. hehehhe..

Akak masih ingat lagi.. first order dari officemate sepupu akak. Dia suruh buat cuppies pastel color dan ada flower atas tu. Teruja sungguh bila dapat order ni. Bila kek suma dah siap dibakar, akak dah buat topping pastel color.. perfect tapi bila sampai bab nak bunga2 ni.. Ya Allah.. menangis akak. Menangis dan tertekan pasal kenapa tak bole buat bunga cantik sama macam dalam kelas hari tu. Dah habis setengah mangkuk butter cream duk test tapi bunga yang keluar sungguh hodoh dan comot!

From there I know, I memang takda kesenian langsung. Idea ada tapi nak mengolahkannya memang tak boleh. Last2 akak buat juga bunga2 dan corak2 seperti yang customer akak order tu.. nasib baik ah dia tak cerewet. Dia puji sedap, cantik tapi akak rasa macam dia saja nak jaga hati akak.. hehehhe.. Akak tak putus asa lagi masih ambil order kerana berpegang pada prinsip "gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya". Tragisnya akak masih rasa akak gagal walau dah banyak kali mencuba. 

Yang herannya, ada pulak regular customer yang suka duk ulang order. Akak masih ambil order tapi yang mana dah biasa dan rapat je. Takut tak elok orang marah. Setakat nak buat untuk makan anak2 dan suka2 boleh ah. Kalau nak jual rasa macam bersalah je. Orang lain buat lagi perfect dan cantik.

Lama kelamaan akak pun dah stop buat design2 atas kek ni suma. Kalau takat orang nak order kek yang takde hiasan atas tu, akak tak kisah nak buat. Kat Oman ni pulak.. akak ada ah buat beberapa kek yang memerlukan hiasan di atas.. tertekan jugak lah. First kerana lama tak buat.. kedua memang tau kalau buat sure comot.

Nasib baik ah encik suami dan anak2 volunteer nak tolong. So deorang ni lah yang merodek atas kek2 ni suma.. It was not bad actually hasil kerja tangan deorang tapi akak masih rasa malu pasal tak secantik dan perfect mana pun.

Kalau suruh akak ambil kelas lagi atau brush up my skill in this area - tak sanggup rasanya.. Tak sanggup nak stresskan diri dan masa untuk rodek benda ni semua. Hehehhe.. Biarlah orang lain yang lebih pandai buat.

Kita tak boleh tamak nak buat semua. I always believe in that. Do what you can do not what you think you can do especially if it involves other people.


Now.. sila jamu mata hasil2 kerja tangan akak yang tak seberapa masa zaman dolu2.. hehehhe


Walaubagaimana pun.. akak tetap berbangga dengan hasil kerja tangan akak yang tak seberapa ni.. (sorry ye.. sapa nak puji diri sendiri lagi kan... :p)


No comments: