Sunday 9 September 2007

When the Bride didn't turn up

I feel sorry for this girl.. is it because she's asking too much for the dowry? Well not everybody can be like Erra Fazira. She only asked for Al-Quran..

KUALA LUMPUR: “Betapa tebalnya muka saya, tetapi demi ibu dan ayah serta adik-beradik lain, saya gagahkan juga diri untuk kelihatan ceria,” kata Mazuin Ramli, 29, yang terpaksa bersanding sendirian selepas tunangnya tidak muncul pada hari penikahan dan majlis persandingannya pada 30 Ogos dan 1 September lalu.

Lebih menghibakan, bapa Mazuin, Ramli Ismail, 54, yang tertekan dan menanggung aib akibat perbuatan bakal menantunya, terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada malam persandingan kerana serangan jantung.Biarpun malu dan kecewa dengan tindakan tunangnya, keluarga Mazuin nekad meneruskan juga majlis persandingannya di Dewan Serbaguna Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Taman Ibu Kota, Gombak secara berseorangan sebagai menghormati tetamu yang dijemput sejak sebulan lalu.

“Siapa tidak sedih apabila memakai pakaian pengantin tetapi pengantin lelakinya tidak ada. Saya tidak tahu berapa ratus kali pada hari persandingan itu terpaksa menerangkan kepada hadirin yang bertanyakan mengenai pengantin lelaki,” katanya.

Ditanya mengapa tunangnya tidak muncul pada hari pernikahan dan perkahwinannya, Mazuin, jurujual sebuah butik di Menara Berkembar Petronas, berkata alasan diberikan tunangnya ialah gagal menyediakan wang hantaran berjumlah RM7,373.73

Kami (pihak perempuan) memanggil 700 tetamu, manakala pihak lelaki 500 (tetamu),” kata anak keempat daripada lapan beradik itu.Sementara itu, Ramli berkata, masalah dilihat berpunca daripada sikap ego bakal menantunya yang enggan menerima bantuan atau nasihat, sekalipun dia tidak mampu menjelaskan wang hantaran perkahwinan.

“Adakah meminta wang hantaran itu satu ‘dosa’? Malah, kami cuba berbincang secara baik jika dia tiada semua wang itu (RM7,373.73), dia boleh membayar separuh. Kalau tidak ada juga, bawa saja cek walaupun duit tidak ada dalam akaun, sekurang-kurangnya sebagai bukti pembayaran untuk ditunjukkan kepada kadi.“Adakah itu namanya menghina dan menjatuhkan maruahnya sehingga dia bertindak membatalkan perkahwinan?” tanya Ramli.

Menurutnya, berikutan terlalu terkejut, dia pengsan ketika bakal menantu dan keluarganya datang untuk memaklumkan mereka membatalkan perkahwinan dua hari sebelum hari akad nikah.“Bagaimanapun, sebaik saya pengsan, mereka bukan membantu, sebaliknya melarikan diri dengan bergegas pulang tanpa sebarang keputusan dibuat.“Pada hari akad nikah itu, saya nekadkan diri menunggu pada jam 4 petang lagi di Masjid Taman Sri Rampai berikutan temujanji dengan kadi selepas Asar.

“Harapan saya ketika itu, bakal menantu akan hadir, seterusnya saya menyuruh keluarga, termasuk Mazuin, membuat persiapan.“Bagaimanapun, kami menunggu sehingga jam 5.30 petang tetapi dia tidak muncul juga.“Malah, kadi yang sepatutnya menikahkan anak saya turut menitiskan air mata kerana kesedihan dan meminta semua dokumen berkaitan untuk diserahkan bagi urusan pendakwaan di JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan),” katanya.

Berikutan terlalu sedih dan kecewa, Ramli diserang penyakit jantung pada malam hari persandingan dan terlantar di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU).“Ini kali pertama saya terkena serangan jantung. Sebelum ini cuma darah tinggi, tetapi mungkin terlalu tertekan dengan apa yang berlaku ke atas anak perempuan saya, jantung saya terasa macam dipicit pada malam persandingannya.“Ayah mana tidak sedih melihat anaknya bersanding seorang di atas pelamin,” katanya.
Source: Harian Metro

2 comments:

Anonymous said...

Laaaa, dah tau pengantin laki dah lari, apsal la yg pompuan tu nk sanding gak sorang2? G la dok dlm bilik diam2, tetamu dtg bior le org lain layan...ish! ish! ish!.. Kesian....

Anonymous said...

had they asked for RM737.37 instead of RM7373.73, the wedding would have gone well, jantong pun tak sakit, kadi pun tak nangis (poyo nye..) and I am sure by now, pengantin perempuan tgh 'happy'..