Memang indah kalau dikenangkan saat mula bercinta. Semuanya indah belaka. Kalau gi dating sure sentiasa nak pimpin tangan. Cakap pun lembut2 dan control ayu dan macho je. Kalau makan pun mesti nak kongsi2. Kalau tengah makan ada nasi atau cili terselit kat bibir atau gigi, nampak cute je pasangan kita tu.. Pastu.. suka buat joke nak kasi pasangan tu gelak. Walaupun joke bodoh.. tapi disebabkan sayang nampak lawak je.
Pastu apa yang pasangan tu buat semuanya okay dan beri sokongan. Apa saja perubahan pasangan itu pasti akan nampak - contohnya kalau dah tukar gaya rambut ke.. baju atau kasut baru ke.. Sure akan notice kan? Then kalau pasangan tu masak ke... buat apa2 ke.. sure akan mendapat pujian.. Part yang paling best kalau merajuk je.. sure akan dapat pujuk.. kalau dapat bunga lagi ah kembang hati pasangan tu.. Gurau senda memang manis je waktu ni...
Haih... itu semua masa tengah hangat bercinta. Masa awal bercinta atau masa berkahwin..
Ini pulak bila cinta dah tak hangat atau suam2 kuku..
Kalau keluar dating (jarang ah kut pun) jalan jauh2.. kalau rapat sangat rasa rimas. Kalau pegang lama2 lengan takut rosak baju dipakai atau lenguh tangan pasangan tu, Kalau jalan terhegeh2 kena jerkah. Kalau makan selekeh2 sememeh siap ah.. kena kutuk! Kalau buat lawak yang tak lawak memang cari pasal ah..
Kalau tetiba pasangan ada minat baru, kena nengok dulu samada dapat approval tak.. Kalau pasangan gunting rambut or pakai baju baru ke.. takyah ah nak mengharap pasangan tu notice. Kalau masak sedap2 ke.. juga tak payah ah mengharap pujian. Masak je apa pun.. makan tetap makan..
Merajuk? Tak payah buang masa.. buang karan je! Bunga? Tunggu ah kalau ada mood baru kut pasangan tu bagi..
Itulah senario CINTA. Mungkin mudah untuk mencari cinta tapi sukar untuk kekalkan nya.Cinta harus sentiasa disemai dan dijaga supaya ia sentiasa mekar. Jika ia layu pasti tiada lagi kewangian dan keindahannya.
Cintailah pasangan kita sementara dia masih ada. Hargailah pasangan kita sementara dia masih disisi kita. Cintailah dengan penuh keikhlasan kerana cinta yang ikhlas adalah cinta yang paling murni.
p/s: Ini adalah cerita cinta biasa yang tidak ada kaitan dengan sesiapa yang saya kenali.
No comments:
Post a Comment