Suamiku,
Ketika usia kita makin menganjak
Aku teramat bersyukur
Kerna kau tidak pernah jemu untuk bersamaku
Kita selalu berbicara tentang hari tua kita
Bagaimana kita akan menghabiskan sisa usia kita
Aku jua tidak pernah jemu memanjatkan doa
Agar kita dapat sentiasa bersama
Untuk meraikan hari-hari istimewa kita
Selamat hari lahir suamiku
Semoga dikau sentiasa diberkati Allah
Di kurniakan segala rahmat dan kebaikan
Aku ingin sentiasa bersamamu
Pada detik ini, tarikh ini dan ketika ini
Pada setiap tahun untuk meraikan hari lahirmu ini
Aku ingin mengukir kenangan kita
Bersama permata permata hati kita
Agar mereka sentiasa ingat dan peka
Bahawa aku ini sentiasa mencintai dan menghargaimu.
Happy birthday to my dearest husband.
No matter how many years passed, you will always be the man of my dreams.
No comments:
Post a Comment