Saya selalu percaya jika itu milik saya, ia pasti akan menjadi milik saya.
Ini adalah kerana saya percaya pada ketentuan Allah, percaya pada rezeki Allah berikan dan percaya pada Qada dan Qadar.
Telah berlaku pada banyak situasi yang saya terlepas beberapa peluang. Sedih, putus asa dan pasrah. Puas berusaha dan tunggu punya tunggu, apa yang dikehendaki tidak juga dapat dicapai. Maka hati terus berkata, ini bukan rezeki saya. Ini bukan hak saya dan Allah ada sebab kenapa Dia tidak berikan kepada saya.
Kadangkala perlu bercakap berulang kali pada diri ini supaya hati menjadi tenang dan redha. Kadangkala setelah berhempas pulas berusaha dan yakin akan dapat apa yang diusahakan, namun di penghujung ia terlepas jua. Memang kecewa..
Saya kadangkala macam budak kecil juga. Kalau mahu sesuatu yang diidamkan, berhari2 duk teringat siap berangan lagi. Lepas tu kalau tak dapat rasa macam nak menangis. Dada sampai jadi ketat dan berhari pulak lah memikir untuk terima hakikat. Hehehehe...
Saya bercakap begini sebab dah macam2 lalui.. Usia pun meningkat dan menjadi semakin matang untuk menangani apa yang datang. Kalau zaman muda2 mungkin ah lain jadi ceritanya..
Apa apa pun, saya bersyukur atas segala yang saya mahu dan mohon dari Allah, Allah berikan. Tersangat rasa bersyukur dan berterima kasih. Saya kena sentiasa mengingati diri sendiri untuk tidak menjadi tamak. Jangan selalu meminta tetapi tidak tahu bersyukur.
Hari ini kita mendapat apa yang kita ingini tetapi mungkin apa yang kita nak sangat tu, belum tentu baik untuk kita atau akan menjadi hak kita selamanya. Belajarlah untuk bersyukur dan redha atas segalanya.
No comments:
Post a Comment