Thursday, 26 May 2016

Kisah Tudung


Tudung kepala atau nama lebih sedap glemer disebut - shawl, selendang, scarf dah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Saya mula berhijab sejak 12 tahun lalu. Ketika itu saya menetap di Miri, Sarawak dan tidak mempunyai ramai kenalan rapat yang boleh saya rujuk nak memakai tudung. Pada masa tu mana nak ada media sosial seperti - facebook dan instagram.

Keterujaan nak berfesyen memakai tudung pada ketika itu memang cukup tinggi, taknak lah pakai tudung2 biasa kan.. Nasib baik lah terjumpa buku "panduan cara memakai tudung". Semangat gi beli dan tiap malam belek. Kelakar sangat kalau ingat.. 

Tudung yang tengah 'in' pada masa itu adalah tudung bawal dan juga tudung square. Kalau diikutkan dalam buku yang dibeli tu, takde lah banyak sangat cara fesyen yang diajar. Kalau ada pun macam pelik rasa dan tak berkenan. So at the end, kena ah explore trial and error sendiri.

Lama kelamaan saya pun dah mula terror memakai tudung, Tambahan pulak ada anak kecil dua orang. Sap sup sap je dah siap.. ala takat tudung bawal pakai pin kat tengkuk dan brooch kiri kanan.. siap dah kan.. Kalau nak melawa lebih sikit, cari tudung bawal yg ada batu2 tapi cara pakai tetap sama gak. Pernah gak try square scarf dari kain satin lembut tapi stress sangat pasal licin!

Bertahun juga lah memakai tudung bawal ni. Segala warna dan jenis saya beli, dari yg semurah2 dan semahalnya2 pun ada. Lepas tu keluar lak trend "tudung ikin", Tudung fesyen ni memang menjadi fenomena. Ia penyelamat buat saya pasal senang je nak pakai. Sarung je dah siap. Dah menggila lak saya membeli tudung ikin ni... Tudung bawal tu sebahagian saya beri pada orang dan sebahagian saya simpan. Simpan pasal sayang tapi tak tau ah bila nak pakai lagi.

Tudung ikin ni dari yang kain plain ke kain bercorak, awning satin atau awning lembut.. haih.. semua saya ada ni. Nak matching dengan baju lah kononnya. Pantang nampak kedai tudung, pasti singgah membeli. Masa ni masih takde lagi orang menjual online, jadi memang akan nak je ke kedai tudung membeli. Parah kan...

Dah lama2 memakai tudung ikin, tetiba rasa macam tak cantik dan sesuai lak dengan muka saya. Boleh? Bertahun memakai baru nak sedar! Hahahahha... alasan ah tu kut.. ini pasal bila dah duk di bumi Arab ni, nengok orang pakai tudung/shawl lilit lawa sangat. Teringin nak memakai tapi tak pandai dan selalu selekeh. Longgar dan senget benget. Last2 give-up.

Sehinggalah dua tahun dulu, barulah saya mula belajar dengan tekun dan betul cara nak memakai shawl lilit ni. Lama-kelamaan dah jadi pandai ah nak berfesyen. Tambahan pulak ramai seller yang rajin ajar dan tunjuk cara nak memakai shawl ini.

Maka bermula lah koleksi segala warna, jenis dan jenama saya ada. Celah2 tu ada gak keluar instant atau semi instant, dua muka, tiga muka. Wah.. ini lagi memudahkan hidup saya dan juga mempercepatkan duit saya habis gak! Sesekali balik ke Malaysia, pasti saya borong tudung. Pernah ditegur suami, setiap kali balik asyik beli tudung je.. berapa banyak tudung nak ada? Hehehhe... oh suamiku.. andai kau faham jiwa seorang perempuan.. tudung kena ada banyak warna.. banyak corak.. banyak jenis material and banyak banyak lagi lah sebabnya.. hehehe

Di oman pun ada menjual shawl cantik2 yang menjadi koleksi saya. Sekarang ni bila balik ke Malaysia, saya dah jarang menapak ke kedai tudung. Kenapa eh..

yang beribu tu tak taulah siapa yg sanggup beli!
It is because I am a smart shopper! I shop online! Hihihihi... Oh sungguh mudah hidup saya. Walau tidak tinggal di Malaysia, saya tidak pernah ketinggalan mengikuti perkembangan fesyen tudung ni. Ini sebenarnya amalan tidak sihat untuk saya.. Nak kena unfollow ah ig jual tudung ni.. tersangat meruntun jiwa kalau nengok hari2..

Tidak tau lah berapa lama saya akan bertahan dengan trend shawl lilit2 ni.. harap ia berpanjangan.. 


Wednesday, 18 May 2016

Jika Ia Milik Saya

Saya selalu percaya jika itu milik saya, ia pasti akan menjadi milik saya.

Ini adalah kerana saya percaya pada ketentuan Allah, percaya pada rezeki Allah berikan dan percaya pada Qada dan Qadar.

Telah berlaku pada banyak situasi yang saya terlepas beberapa peluang. Sedih, putus asa dan pasrah. Puas berusaha dan tunggu punya tunggu, apa yang dikehendaki tidak juga dapat dicapai. Maka hati terus berkata, ini bukan rezeki saya. Ini bukan hak saya dan Allah ada sebab kenapa Dia tidak berikan kepada saya.

Kadangkala perlu bercakap berulang kali pada diri ini supaya hati menjadi tenang dan redha. Kadangkala setelah berhempas pulas berusaha dan yakin akan dapat apa yang diusahakan, namun di penghujung ia terlepas jua. Memang kecewa..

Saya kadangkala macam budak kecil juga. Kalau mahu sesuatu yang diidamkan, berhari2 duk teringat siap berangan lagi. Lepas tu kalau tak dapat rasa macam nak menangis. Dada sampai jadi ketat dan berhari pulak lah memikir untuk terima hakikat. Hehehehe...

Saya bercakap begini sebab dah macam2 lalui.. Usia pun meningkat dan menjadi semakin matang untuk menangani apa yang datang. Kalau zaman muda2 mungkin ah lain jadi ceritanya..

Apa apa pun, saya bersyukur atas segala yang saya mahu dan mohon dari Allah, Allah berikan. Tersangat rasa bersyukur dan berterima kasih. Saya kena sentiasa mengingati diri sendiri untuk tidak menjadi tamak. Jangan selalu meminta tetapi tidak tahu bersyukur.

Hari ini kita mendapat apa yang kita ingini tetapi mungkin apa yang kita nak sangat tu, belum tentu baik untuk kita atau akan menjadi hak kita selamanya. Belajarlah untuk bersyukur dan redha atas segalanya.




Friday, 13 May 2016

Ayah

Ayah, 







It’s not always easy to find time to spend together, or talk on the phone, but I want you to know that you’ll always be my hero. 


I’m always thinking of you, near or far. 


I’ll always be grateful for you turning me into the person I am today.


I hope you have a wonderful birthday. Happy 74th birthday.



Semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk Ayah. I love you Ayah.


Tuesday, 3 May 2016

Omani Doll - my new passion

I've been living here in Oman for almost 10 years but only now have the opportunity to learn how to make these Omani Dolls. I don't really know who actually started the idea of creating it, but I learned to make it from one of the British ladies who have been living in Oman for many years.

After I went to 4 classes I managed to have my first family omani doll frame hanging on my wall.


Being a bit ambitious, my friend and I started taking orders, making omani dolls for our friends. We then expanded our so called business by organizing classes. I sometimes think and wonder where this creativity of mine suddenly came from. At times I can't believe how I managed to draw a camel when I am actually bad at drawing anything!

I might be a late bloomer. A late bloomer of everything! I started mountain biking and workout classes a few years back. I even did cross stitching, crochet, book binding, sewing, patchwork a couple years back too. I just want to do everything and anything to fill up my time.

The latest one is the Omani Doll. I just love to sit down and decorate and beautify it. Well... it is better than nothing right! Enjoy some of the omani dolls made by me and my partner.